Keganasan samseng Umno: AMK Selangor lapor polis esok

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 12 MAC: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor akan membuat laporan polis berhubung serangan samseng Umno di ibu pejabat KEADILAN semalam.

Setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Ketua AMK Negeri, Azmizam Zaman Huri akan mengetuai laporan yang akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 9 (berhadapan pintu masuk Bangunan SUK Selangor) jam 2 petang.

hqoecah“AMK menolak tindakan biadap dan tidak bertamadun samseng yang menggelar diri mereka ‘NGO’ yang membuat kecoh, menyerang dan merosakkan aset milik KEADILAN di ibu pejabat parti,” kata Saifuddin pada kenyataan.

Kira-kira jam 5 petang semalam, hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan pejabat itu di Petaling Jaya, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

“AMK Selangor percaya, kumpulan ini mempunyai kaitan rapat dengan Umno. Kami akan memberikan beberapa bukti untuk disiasat polis,” kata Saifuddin.

Menurutnya, keganasan itu sama sekali tidak mencerminkan budaya demokrasi subur dan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Seluruh kepimpinan AMK Selangor akan hadir sebagai tanda bantahan terhadap budaya samseng yang mencetuskan bahaya menjelang pilihan raya,” jelas Saifuddin.

“AMK Selangor percaya polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil, tidak berat sebelah serta memberi keadilan kepada semua,” sinisnya. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47103

Posted by on Mar 12 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE