Kejayaan Faiz Subri contoh kepada anak muda Malaysia – AMK P Pinang

Pencalonan Anugerah FIFA Puskas 2016 telah diumumkan, seperti yang sedia maklum bahawa keputusan berpihak kepada Faiz Subri (Malaysia/Pulau Pinang) yang telah dipilih menerusi kaedah mengundi.

faizTahniah dan syabas kami ucapkan kepada saudara Faiz Subri. Kejayaan Faiz Subri merupakan catatan sejarah baru buat Malaysia dan Asia. Kejayaan ini secara tidak langsung mengharumkan nama negara Malaysia dan pasukan bola sepak Pulau Pinang.

Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak menjangkakan peristiwa bersejarah ini berlaku , apatah lagi dalam dunia bola sepak di Malaysia. Tetapi Faiz Subri telah membuktikan bahawa, tiada perkara yang mustahil untuk dicapai.

Kami yakin warga Pulau Pinang juga turut bangga dengan Faiz Subri. Semoga catatan sejarah baru ini memberikan nafas baru dan membuka mata dunia bahawa anak muda Malaysia mampu beraksi dan bersaing di pentas antarabangsa terutamanya diperingkat Asia Tenggara mahupun Asia.

Kesungguhan Faiz Subri dapat dilihat dari awal lagi. Kejayaan ini sepatutnya dijadikan contoh kepada anak muda di Malaysia untuk terus berjaya dan melakar sejarah di peringkat dunia. Ayuh anak muda, lakukan sesuatu untuk diri anda serta negara seperti mana yang telah dilakukan oleh saudara Faiz Subri.

Fahmi Zainol
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69722

Posted by on Jan 10 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE