Kelemahan urus tadbir Persekutuan tekan ekonomi rakyat – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 10 JAN: Masa depan Malaysia yang lebih cemerlang mampu direalisasikan sekiranya negara ditadbir pemimpin berkredibiliti dan memahami kebajikan rakyat.

2Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat terbeban ekoran kelemahan urus tadbir pimpinan Kerajaan Persekutuan kini dengan pelaksanaan pelbagai dasar menekan ekonomi rakyat kebiasaan.

“Rakyat sudah tertekan sekian lama akibat kegagalan pemimpin negara dan kos sara hidup terus meningkat akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit, isu rasuah, potongan subsidi dan sebagainya.

“Kita berharap untuk menamatkan segala keperitan dan kepincangan ini, semoga negara kita akan mendapat nafas baru dengan pimpinan yang betul-betul prihatin kepada rakyat demi masa depan negara yang cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan di Pasar Chowrasta, Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi.

Turut mengiringi beliau, Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

1Dalam perkembangan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut melancarkan ‘Chun Lian’ sebagai simbolik sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, hujung Januari ini.

“Chun Lian adalah ungkapan berpasangan untuk Tahun Baru Cina yang membawa maksud ‘membuang yang lapuk, menyambut yang baru dan ‘segalanya berubah menjadi yang baru’.

“Ketika kita ditimpa pelbagai masalah cabaran dan rintangan, semoga rakyat terus berazam dan iltizam untuk membawa perubahan demi masa depan yang lebih cerah,” kata Wan Azizah, lapor SelangorKini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69727

Posted by on Jan 10 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE