Keluarga Aminulrasyid saman kerajaan, polis RM50 juta

(Oleh Aisha Geoffrey)

SHAH ALAM 17 APRIL: Keluarga Aminulrasyid Amzah hari ini memfailkan saman RM50 juta terhadap kerajaan Malaysia dan polis akibat kecuaian mereka mengakibatkan kematian remaja tersebut.

Saman tersebut dibuat ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad serta kakaknya, Nor Azura Amzah.

Peguam, N Surendran berkata, saman itu kerana polis menyebabkan kematian Aminulrasyid secara salah dan tidak mengikut undang-undang.

Aminurasyid“Kita menuntut RM50 juta sebagai gantirugi bersama gantirugi lain kerana menyebabkan kematian dan melanggar undang-undang apabila melepaskan lebih 20 das tembakan,” kata Surendran di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam, selepas memfailkan saman.

Aminulrasyid mati ditembak polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi 26 April 2010. 21 tembakan dilepaskan menyebabkan remaja 15 tahun itu mati di tempat kejadian.

“Kita juga kecewa dengan kerajaan kerana sehingga hari ini mereka belum menarik balik kenyataan fitnah terhadap Aminulrasyid kononnya beliau seorang penjenayah dan berniat menyerang polis dengan meletak parang di dalam keretanya,” jelas Surendran.

Tarikh perbicaraan belum diputuskan mahkamah dan akan diberitahu kemudian.

Selain kerajaan Malaysia, turut dinamakan sebagai defendan termasuk polis yang menembak Aminulrasyid, Korporal Jenain Subi, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Nor Azam Jamaluddin, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Keluarga Aminulrasyid menuntut gantirugi teladan sehingga RM50 juta, gantirugi am, gantirugi untuk tanggungan di bawah Seksyen 7 Akta Sivil 1956, dan ganti rugi untuk manfaat estet si mati.

Peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen turut mewakili keluarga itu.

Hadir sama memberi sokongan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50588

Posted by on Apr 17 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google