Kematian Adib satu perbuatan jenayah – TPM

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim malam tadi selepas dipukul dalam rusuhan kuil Seafield pada 27 November lalu, sebagai satu jenayah.

“Seluruh rakyat Malaysia berkabung kerana jenayah kejam ini tetapi biarlah proses undang-undang berjalan dengan lancar.

“Keadilan pasti terbela,” kenyataan beliau dipetik.

Muhammad Adib diserang perusuh sehingga beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kerosakan organ dalaman.

Beliau menerima rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 28 Nov lalu dan meninggal dunia 9.41 malam tadi.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah mengingatkan orang ramai agar tidak melihat kematian Adib daripada kacamata perkauman.

“Kita harus ingat bahawa ini bukan isu agama atau pun soal perkauman, akan tetapi ini merupakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak berperikemanusiaan.

“Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72704

Posted by on Dec 18 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE