Kematian Morsi: Malaysia tunggu laporan Mesir

Malaysia akan menanti laporan menyeluruh mengenai punca kematian bekas presiden Mesir, Mohammed Morsi.

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia menerima kenyataan pendakwa raya Mesir berhubung perkara itu, namun terdapat kebimbangan tentang layanan terhadap Morsi sebelum kematiannya.

“Malaysia seikhlasnya mengharapkan bekas presiden Morsi diberikan proses pengebumian sewajarnya.

“Morsi adalah presiden Mesir pertama dilantik secara demokratik selepas revolusi ‘Arab Spring’ pada 2011, yang penggal pemerintahannya berakhir secara tiba-tiba selepas 12 bulan,” kata Wan Azizah menerusi ciapan Twitter hari ini.

Menyifatkan kematian Morsi sebagai kehilangan besar, beliau berkata, sepanjang tempoh menjawat jawatan Presiden, Morsi menunjukkan keberanian dan ketabahan moral memimpin Mesir.

Ia jauh berbeza daripada pemerintahan autoritarian yang sudah berdekad lamanya bertaak di Mesir sebelum itu.

Pendakwa Raya Mesir Nabil Sadek dalam kenyataannya berkata Morsi meninggal dunia setibanya di hospital dan tiada kesan kecederaan pada tubuhnya.

Morsi, 67, meninggal dunia selepas rebah ketika sesi perbicaraan di mahkamah, semalam.

Morsi dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.

Tokoh dunia Islam itu dipenjarakan sejak digulingkan tentera pada 2013 selepas hampir setahun berkuasa berikutan bantahan besar-besaran terhadap kepimpinannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73630

Posted by on Jun 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE