‘Kembalikan demokrasi di Maldives’

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru kerajaan Maldives agar menamatkan perintah darurat yang dikeluarkan selepas mahkamah agung negara itu membebaskan beberapa orang tahanan politik.

Dr Wan Azizah yang juga presiden KEADILAN itu mengingatkan kerajaan Maldives bahawa keselamatan rakyat perlu diutamakan dalam situasi krisis sekarang.

“Perkembangan terkini di Maldives membenihkan kerisauan mendalam di kalangan masyarakat antarabangsa. Situasi yang berlarutan di Maldives ini dilihat sebagai serangan terhadap demokrasi negara itu.

“Saya menggesa kerajaan Maldives agar mendengar seruan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dan menamatkan perintah darurat.

“Semua langkah perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat di negara itu,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lepas, Mahkamah Agung Maldives memerintahkan pembebasan beberapa orang ahli politik pembangkang kerana perbicaraan mereka sebelum ini disifatkan sebagai bermotifkan politik.

Presiden Abdulla Yameen enggan mematuhi arahan tersebut dan sebaliknya, mengenakan perintah darurat selama 15 hari.

Susulan tindakan itu, India, Amerika Syarikat, dan United Kingdom menyeru Yameen agar menghormati keputusan tersebut dan membebaskan tahanan yang sudah diperintah untuk dibebaskan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71325

Posted by on Feb 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE