Kembalikan RM160 juta dana pencen tentera – Kerabat

(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 14 Jan: Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) mahu RM160 juta dana pencen tentera yang diseleweng melalui Boustead Holdings Berhad dikembalikan semula kepada tentera.

“Wang caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak RM160 juta adalah milik kita, bukan harta Umno BN.

“Bekas tentera bukan balaci Umno BN. Kami sama sekali tidak halalkan wang tentera dirompak oleh mereka,” kata Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (b) Mohd Nazri Mokhtar depan lebih 100,000 rakyat di Stadium Merdeka, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu lalu.

Beliau menyeru semua bekas tentera bersama Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN.

“Kesetiaan kita adalah pada Yang Dipertuan Agong, bukan mereka yang duduk di tingkat 5 bangunan Kementerian Pertahanan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43113

Posted by on Jan 14 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google