Kemenangan Pakatan akan tamatkan politik lucah, fitnah

(Oleh Aedi Asri)

PUTRAJAYA 18 APRIL: Kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang akan menamatkan politik murahan dan tidak bertamadun yang dibawa Umno BN, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Berucap dalam program ‘Tawan Putrajaya 2013 di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya malam tadi, beliau berkata, Umno BN selama ini menjadikan politik sedemikian sebagai modal mereka.

“Dua tahun cerita cincin tak habis. 15 tahun cerita seks lucah tak habis. Wawasan 2020 tinggal beberapa tahun sahaja lagi.

ceramah parlimen putrajaya“Politik budak-budak macam ini, politik hina dina macam ini, politik caci maki dan fitnah, garis sempadannya adalah 5 Mei 2013,” katanya kepada kira-kira 8,000 hadirin.

Tanggal 5 Mei ini, rakyat Malaysia akan turun membuang undi bagi memilih pentadbiran baru untuk penggal akan datang.

Beliau turut menyelar tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih cuba menimbulkan perasaan takut antara kaum demi kekal berkuasa.

“Tun Mahathir ugut rakyat Malaysia, jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah, negara jadi huru-hara.

“Saya kata; beliau bukan Nabi. (Jadi) Macam mana Mahathir tahu akan huru-hara, kalau bukan beliau yang buat? Kalau bukan Najib yang aturkan, Muhyiddin yang aturkan, macam mana boleh tahu akan huru-hara?,” katanya lagi.

Husam yang sebelum ini menjadi Exco Kerajaan Kelantan bakal bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU ke-13.

Turut berucap pada program ini, antaranya adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, calon KEADILAN bagi DUN Dengkil, Borhan Aman Shah dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50633

Posted by on Apr 18 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google