Kementerian Shahrizat gagal memartabat wanita – Zuraida

(Ahmad Fadli)

JOHOR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya lebih tegas dalam memartabatkan wanita Malaysia.

“Budaya politik lama yang berkisar dalam kaedah kebajikan perlu ditingkatkan kepada yang lebih bersifat pemberdayaan.

“Program pembangunan wanita, masyarakat dan keluarga harus menggunakan kaedah politik baru dengan mengemukakan langkah yang lebih progresif dalam meningkatkan kualiti hidup wanita Malaysia khususnya.

Beliau berkata demikian pada ucapan dasarnya sewaktu Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN ke-8 2011 di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru.

Dalam ucapan sama, Zuraida mengusulkan beberapa perkara untuk mengupayakan wanita antaranya:

1. Belanjawan responsif gender di setiap kementerian di semua peringkat dan mengoptimakan kapasiti guna tenaga wanita.

2. Menubuhkan Konsul Perniagaan Wanita yang bertindak sebagai penasihat, perunding, jurulatih kepada usahawan kecil dan sederhana dengan menawarkan khidmat nasihat-runding

3. Mewujudkan Tabung Khas Ekonomi Wanita sebagai skim insentif pemberdayaan ekonomi yang lebih bersifat mesra wanita dengan memberi peluang adil kepada golongan wanita.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23476

Posted by on Nov 25 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google