Jelajah Srikandi KEADILAN 2.0 Negeri Sabah

Srikandi KEADILAN kini dalam siri jelajah yang kedua di mana kita meletakkan kawasan sekitar pantai timur merangkumi 7 kawasan parlimen dan memberi tumpuan dikawasan pengundi melayu, wanita dan pengundi muda di Negeri Sabah.

Hari ini merupakan hari ke 3 Srikandi Pusat ,Srikandi Sabah,Pimpinan Negeri dan AMK turun berkempen untuk bertemu dan mengedarkan bahan-bahan penerangan tawaran Pakatan Rakyat termasuk Agenda Wanita Malaysia dan Agenda Wanita Muda Malaysia.

Pagi ini Srikandi KEADILAN telah mensasarkan kawasan Dun yang dimenangi Ketua Menteri Sabah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman iaitu di Dun Sg Sibuga di perkampungan Tinusa 2.

Edaran risalah dilakukan merangkumi 200 buah rumah di sekitar kawasan tersebut yang mempunyai jumlah pengundi seramai 5 ribu orang.

Hasil lawatan yang diperolehi mendapati kawasan yang dimenangi Ketua Menteri ini boleh diketegorikan dalam kawasan mundur dan amat miskin.

Isu utama yang ditekankan adalah tahap kebersihan persekitaran yang terlalu kotor dan tidak terurus, permasalahan sistem pemantauan keselamatan merangkumi seluruh aspek termasuk kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada penduduk di situ tetapi tidak berlaku dan sebaliknya mereka terus dihimpit dengan masalah pemilikan tapak tanah yang tidak diberikan kepada penduduk tetapi taraf mereka ialah “setinggan berdaftar”.

Penduduk-penduduk di sini berdepan risiko dihalau tanpa notis dan pampasan oleh pihak kerajaan umno/barisan Nasional Sabah.

Di  Sabah  Ketua Menteri dan seluruh pemimpin Umno/BN mengamalkan budaya politik ugut dan samseng terhadap rakyat sabah demi mengekalkan kuasa mereka yang semakin hilang akibat dasar politik “Tukar” yang semakin kuat di kalangan rakyat Sabah.

Mereka menggunakan segala bentuk bantuan atas nama kerajaan sebagai ugutan untuk rakyat agar mereka tidak bangkit membuat perubahan.

Srikandi memberi peringatan kepada kerajaan Sabah khususnya Ketua Menteri Sabah, rakyat tidak mampu diperbodohkan oleh taktik politik kotor yang cuba dan diamalkan oleh pimpinan Umno.

Rakyat semakin cerdik dan berani untuk menuntut hak mereka yang dinafikan selama ini. Dengan membawa semangat “ini kali lah” Srikandi akan membantu bagi menyumbang ke arah kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44264

Posted by on Feb 2 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google