‘Kenapa Malaysia tak usir sahaja diplomat Israel?’

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan sebab Putrajaya tidak menghalang kemasukan diplomat Israel ke Malaysia baru-baru ini.

Menurut Fahmi, Kementerian Dalam Negeri berupaya berbuat demikian kerana kerajaan pernah mengusir diplomat Korea Utara yang memegang pasport diplomatik.

“Bukankah delegasi diplomat Israel ini boleh ditakrif Menteri Dalam Negeri sebagai “imigran yang tidak diingini” mengikut Seksyen 8(k) Akta Imigresen 1959/1963?” katanya.

“Jika ada pihak memberi alasan delegasi tersebut menggunakan pasport diplomatik, bukankah Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai kuasa secukupnya untuk mengusir diplomat, sepertimana kita mengusir diplomat Korea Utara tahun lalu?

“Oleh itu, saya gesa Zahid untuk tidak lagi berdiam diri dan segera memberikan penjelasan, memandangkan insiden kemasukan diplomat Israel ke Malaysia telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara kita,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan diplomat kanan Israel menjejakkan kaki ke ibu negara bagi menghadiri World Urban Forum.

Kehadiran mereka disedari selepas ia dilaporkan The Times of Israel.

Ia juga belaku selepas beberapa perhimpunan diadakan untuk mengutuk tindakan bersama Washington dan Tel Aviv menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71353

Posted by on Feb 16 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE