Najib buat kesalahan besar tak hubungi Mahmoud Abbas -Anwar

(Oleh: Sidiqin Omar)

 

PETALING JAYA 25 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bersikap adil dalam dasar luar Malaysia apabila tidak menghubungi Presiden Mahmoud Abbas dalam lawatannya ke Palestin.

“Najib melakukan kesalahan besar. Dia gagal mengimbangi untuk bersikap adil mengenai dasar luar Malaysia,”

“Najib sepatutnya menghubungi kedua mereka (Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh). Sedang perkara ini dilakukan Morsi (Presiden Mesir) dan Tayyip Erdogan (PM Turki),” kata Anwar berhubung lawatan Najib ke Gaza yang mendapat kecaman Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas.

“Kami juga mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri.

“Ini juga menggambarkan sikap politik Umno dan kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf Hamas. Mereka (Hamas) tak dibenarkan berkunjung (ke Malaysia) untuk lawatan rasmi.

“Pakatan Rakyat secara konsisten, termasuk pada sidang Parlimen Disember 2012, mengutuk penolakan dan keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengalu-alukan inisiatif Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang berusaha mempertemukan kedua pihak, Hamas dan Fatah dalam kerjasama kebangsaan untuk manfaat rakyat Palestin.

“Bagi saya tidak ada masalah untuk mana-mana ahli politik melawat kedua Tebing Barat dan Gaza.

“Lima bulan dulu saya melawat Ketua Hamas, Khaled Mash’al, berbincang secara intensif dan diberikan penerangan tentang rundingannya dengan Fatah. Ini lama sebelum Najib melawat Gaza,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43854

Posted by on Jan 25 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google