Bekas pemandu menang saman terhadap pelakon Zahida Rafik

KUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas pemandu Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi hari ini menang dalam kes saman fitnah beliau terhadap pelakon itu.

Noor Azman bersama peguamnya, Latheefa Koya (kiri).

Noor Azman bersama peguamnya, Latheefa Koya (kiri).

Beliau dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati Zahida bertanggungjawab memfitnahnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng dilapor The Malaysian Insider sebagai berkata, Noor Azman berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Siew Kheng turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 yang dikatakan diambil daripadanya.

Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro pada 3 Mac 2012 bertajuk ‘Zahida Rafik Terkedu.’

Pada 5 Mac pula, dakwa Noor Azman, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat dengan membuat pengumuman kepada awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan kononnya beliau melarikan wang tunai miliknya.

Berikutan kenyataan fitnah itu, Noor Azman mendakwa gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman empat hari.

Noor Azman berkhidmat selama tiga tahun sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 29 Februari 2012 selepas menerima gaji terakhir secara tunai.

Zahida sebelum ini didakwa mempunyai hubungan romantik dengan Shafie yang juga Naib Presiden Umno.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65420

Posted by on Feb 26 2015. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE