‘Kepala bapak kau’ tanda penyakit mental – Zuraida

Ucapan “Kepala Bapak Kau” yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah satu petanda penyakit mental, kata Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin.

Beliau berkata demikian sewaktu mencelah ucapan daripada Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat berkaitan jumlah peruntukan kerajaan untuk menangani masalah mental di kalangan rakyat Malaysia.

“Jadi faktor kesedihan dan kemurungan adalah satu sakit mental yang harus ditangani.

“Faktor kemurungan ini termasuklah mereka yang memberikan ucapan-ucapan ganas seperti mengucapkan ‘Kepala Bapak Kau,’ ini juga satu simptom sakit mental ya,” kata Zuraida.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam sebaliknya menjawab celahan itu dengan berseloroh.

“Tidak yang berhormat. Salah satu punca stress ialah apabila satu soalan kesihatan boleh (bertukar) menjadi soalan politik,” katanya disambut ketawa sebilangan ahli Parlimen.

Najib sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila menggunakan istilah itu sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur pada 5 Nov lalu.

Beliau berkata demikian sewaktu cuba
mempertahankan dasar-dasar kerajaan Najib berkata hubungan kerjasama Malaysia – China yang dakwanya tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

“Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik,” kata Najib.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70759

Posted by on Nov 9 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE