Keputusan Lembaga Disiplin sebulat suara – Anwar

Keputusan Lembaga Disiplin berhubung tindakan diambil terhadap Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan penularan video sumbang membabitkan pemimpin parti, dipersetujui secara konsensus. 

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata dakwaan kononnya parti dilanda keretakan, tidak benar sama sekali. 

“Ada hebahan kononnya ada keretakan dalam isu ini. Kita serahkan kepada Lembaga Disiplin yang memutuskan dan dimaklumkan kepada biro politik. Yang dihadiri oleh semua. 

“Keputusan ini dicapai secara konsensus memperakui keputusan Lembaga Disiplin oleh Biro politik. Saya ulang, perkara ini telah dipersetujui.

“Begitu juga pertemuan saya dengan pimpinan Sabah dan Sarawak. Umumnya tanpa kecuali,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik, di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. 

 

Menyifatkan dakwaan keretakan dalaman berlaku dalam KEADILAN sebagai hanya sekadar intrepretasi sesetengah pihak, Anwar berkata, majoriti pimpinan bersetuju pendirian parti menolak budaya jijik dalam berpolitik.

“Kita serah siasatan sepenuhnya pada pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan badan bertanggungjawab yang lain,” ujarnya. 

Terdahulu, Haziq yang juga bekas setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin digantung tugas selepas mendakwa dirinya terlibat dengan penularan video sumbang sejak 11 Jun lalu. 

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang dikaitkan dengan video terbabit menafikan sekerasnya pembabitan dirinya. 

Tegasnya, tuduhan berkenaan merupakan fitnah bertujuan memburukkan nama, reputasi dan keperibadian dirinya. 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73642

Posted by on Jun 20 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE