Keputusan sentuhan fizikal Anwar dan keluarga 7 Mac ini

(Oleh Fiza Abd Halim)

yus_1143KUALA LUMPUR 14 FEB: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan keputusan sama ada Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim dibenarkan membuat sentuhan fizikal dengan ahli keluarganya.

yus_1093Peguam, N Surendran berkata, keluarga Anwar hanya bertemu dengan anak guamnya itu melalui dinding kaca dan telefon interkom sahaja di penjara dan ini bercanggah dengan perlembagaan.

yus_1086“Buat masa ini, semasa perjumpaan mereka dihalang oleh dinding kaca, kita telah berhujah ini adalah menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

yus_1053“Anak guam kami tak diberi sentuhan fizikal. Kami minta anak guam kami bersentuhan dengan keluarga setiap kali perjumpaan yang dilakukan. Tetapi permohonan tak lulus, kenapa berlaku sedemikian?” kata Surendran semasa berhujah di dalam kamar. Seorang lagi peguam adalah Latheefa Koya.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak Anwar dan peguam kerajaan yang mewakili penjara.

yus_1066Anwar, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak serta cucu-cucunya menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Ketua Pesuruhjaya dan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden.

Sementara itu, Nurul Izzah turut menyatakan bahawa bapanya itu adalah tahanan politik semata-mata dan ia mendapat perakuan dari pihak antarabangsa.

“Bukan soal status banduan, keluarga failkan satu semakan untuk melihat Anwar Ibrahim merupakan tahanan politik di Malaysia yang dapat perakuan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk bebaskan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69754

Posted by on Feb 14 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE