Kerajaan gagal sediakan pekerjaan untuk belia

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Kerajaan gagal untuk menangani masalah pekerjaan bagi golongan muda dan bergaji rendah, dakwa Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Kong.

Katanya, kerajaan mengumumkan 672,000 peluang pekerjaan untuk golongan muda namun kadar pengangguran belia adalah tiga kali ganda daripada kadar pengangguran kebangsaan.

Menurut Sim, hampir 60 peratus daripada 468,000 penganggur di Malaysia pada 2015 merupakan belia berumur 20-29 tahun.

“Kadar pengangguran belia negara kita telah meningkat hampir empat peratus sejak 2013.

“Mengikut Laporan Tahunan Bank Negera Malaysia (BNM) yang dikeluarkan pada Mac 2017, kadar pengangguran belia mencecah 10.7 peratus pada 2015, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional 3.1 peratus,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut tidak mengejutkan kerana dibawah gabenor terdahulu, BNM telah memberi amaran tentang krisis keyakinan dan kreadibiliti terhadap ekonomi Malaysia yang disebabkan oleh skandal kawangsn yang tidak terselesai.

“Dalam keadaan negara kita bergelumang dalam skandal kewangan 1MDB, rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan akibat buruk.

“GST, peningkatan kos sara hidup dan pasaran kerja yang tidak bermaya menyebabkan pengangurwb serta gaji rendah,” katanya dalam sidang media dia parlimen

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Malaysia kurang 15 peratus daripada mencapai tahap negara berpendapatan tinggi namun berdasarkan laporan Menteri Sumber Manusia pada 3 Ogos lalu di Parlimen, realitinya berbeza sekali

Hakikatnya, kekosongan jawatan itu adalah disumbangkan oleh sektor utama seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70348

Posted by on Aug 8 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE