Kerajaan Harapan bentang belanjawan pertama

Kerajaan Pakatan Harapan akan mencatat sejarah apabila membentangkan belanjawannya yang pertama hari ini.

Belanjawan 2019 itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada jam 4 petang.

Sebelum ini, Putrajaya memberikan beberapa petanda kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.

Desas-desas mengenai pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang juga kerap dibincangkan menjelang pembentangan hari ini.

Pada masa sama, belanjawan ini merupakan satu cabaran kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara sebanyak RM1 trilion yang ditinggalkan oleh rejim BN.

Belanjawan ini juga akan mengupas pelan kerajaan untuk menangani kekurangan pendapatan susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72502

Posted by on Nov 2 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE