‘Kerajaan OK dengan harapan menggunung rakyat’

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail maklum dengan harapan tinggi rakyat terhadap pentadbiran baharu kerajaan Pakatan Harapan.

Justeru katanya, kerajaan hari ini mengalu-alukan kritikan kerana ia akan menjadi mekanisme semak imbang buatnya dalam mentadbir negara.

“Anda boleh ada harapan yang tinggi terhadap kami,” katanya sewaktu bercakap kepada warga Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London semalam.

Presiden KEADILAN itu juga dilaporkan Bernama melawat Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), sebuah pusat bebas diiktiraf Universiti Oxford, dalam lawatannya selama tiga hari ke United Kingdom.

Beliau disambut oleh Pendaftar OCIS, Richard Makepeace, yang juga Felo Kolej St Cross, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Felo Pengajian Islam OCIS dan Dr Basil A. J. Mustafa, bendahari kanan dan Felo Nelson Mandela dalam Pengajian Pendidikan di OCIS.

Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira sejam melawat pusat itu yang diasaskan pada 1985 untuk menggalakkan kajian ilmiah Islam dan dunia Islam.

Semasa lawatan itu, beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Mohd Suhaimi Jaafar serta beberapa pegawai kanan kerajaan.

Beliau sebelum itu turut menyampaikan ucaptama pada Forum Kepimpinan Muslim Dunia (WMLF) 2018 di Lambeth Place.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72670

Posted by on Dec 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE