Kertas kajian p’raya PBT dalam 3 tahun

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bertekad akan menyiapkan kertas kajian menyeluruh berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan dalam tiga tahun lagi, sebelum penggal Parlimen ini berakhir.

Beliau optimis pilihan raya PBT pilihan raya itu amat penting bagi melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik yang sedang menuju ke arah negara maju.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ada tiga tahun untuk laksanakan kajian, dan libat urus di kalangan komuniti serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini agar kita dapat membentangkan satu kertas (kajian) yang cantik, yang walaupun pahit, dapat diterima dengan senyuman oleh kabinet pada tiga tahun akan datang,” katanya, lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvensyen Pemerkasaan PBT yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Zuraida semalam berikrar akan meneruskan kajian itu walaupun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini gusar dengan kemungkinan pilihan raya PBT boleh mengundang konflik antara kaum dan melebarkan jurang bandar dan luar bandar.

Memahami kegusaran yang disuarakan perdana menteri, Zuraida menjelaskan, model pelaksanaan pilihan raya tersebut nanti boleh dirangka mengikut acuan di Malaysia agar tidak menimbulkan ketidakseimbangan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72683

Posted by on Dec 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE