Kertas undi bertanda meragukan di Parlimen Batu

Pengundi di Parlimen Batu hari ini mendapati mereka diberikan kertas undi meragukan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di tempat mengundi.

Tiga orang pengundi saluran 5 di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis Fasa 2 menyedari kertas undi mereka bertanda titik dalam kotak dengan nama calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Pengundi-pengundi tersebut yang berusia di antara 38 hingga 35 tahun kemudian mengadukan hal itu kepada ketua tempat mengundi.

Namun, mereka mendapati semua kertas undi dalam buku undi mengandungi tanda yang sama.

Ketua tempat mengundi kemudian meminta meneruskan proses mengundi kerana tiada kertas undi baharu dapat diberikan kepada mereka, laporan polis mereka yang dilihat KeadilanDaily dipetik.

Ketiga-tiga pengundi itu kemudian membuat laporan polis di balai polis Jinjang sekitar 9.15 sehingga 9.47 pagi ini.

Parlimen Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS dan dua calon bebas.

Calon BN, Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dicabar calon PAS Azhar Yahya dan V M Panjamothy Muthusamy dan P Prabakaran Paramesnaran, yang masing-masing  bertanding atas tiket bebas.

Prabakaran yang berusia 22 tahun dan merupakan calon termuda dalam PRU14 menyatakan sokongannya kepada Pakatan Harapan selepas penyandang, Tian Chua disabotaj SPR yang membatalkan pencalonannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71740

Posted by on May 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE