Kerugian mata wang: Anwar arah Bank Negara henti perniagaan

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein untuk menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang (forex) oleh Malaysia ketika dalam kerajaan.

“Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu minta (perniagaan itu) dihenti serta merta. Perniagaan forex (mata wang) dibuat sebelum 1990, sebelum saya menjadi Menteri Kewangan.

“Perniagaan forex ini dilakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu,” kata Anwar.

Beliau menjelaskan demikian selepas diprovok Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mencelah mengatakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, pernah meminta Anwar meletak jawatan berikutan kerugian tersebut pada 1993.

“Tidak ada masalah (untuk jawab) Ipoh Timur. Ada perakuan. Memang ada kerugian yang dinafikan. Saya dah bercakap dengan Tan Sri Jaafar. Dia beri penjelasan walaupun belum mendapat maklumat.

“Walaupun dia tak bertanggungjawab (secara) langsung, tapi dia pilih untuk meletakkan jawatan. Peliknya (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop pula diangkat sebagai Menteri,” tegas Anwar menjelaskan, Nor Mohamed ketika itu pemimpin Bank Negara yang bertanggungjawab di bawah Seksyen Forex Trade (dagangan matawang).

Terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam soalan bertulis meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kadar perbelanjaan Persekutuan.

Ini memandangkan sumber pendapatan negara yang tidak berkembang secara signifikan, serta peningkatan hutang negara ke paras yang membimbangkan berjumlah RM437 bilion dengan defisit yang terus meningkat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36604

Posted by on Sep 24 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE