Kes Fitnah II: Pendakwa raya ragui kewibawaan hakim?

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 12 Julai: Alasan pendakwaan yang mengatakan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam membuat keputusan kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu sebagai tidak menghormati kewibawaan institusi kehakiman negara.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty mempersoalkan adakah Mohamad Zabidin Mohd Diah yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan ataupun pendakwa sememangnya meragui keputusan yang dibuat beliau.

“Khilaf itu maksudnya silap, jadi masakan seorang hakim yang berpengalaman lama boleh tersilap dalam memberi keputusan?

“Adakah dengan mengenepikan keputusan itu, pihak pendakwaan sebenarnya meragui hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan? Kononnya hakim tak layak?” tempelak beliau.

Isnin lalu, Pejabat Peguam Negara mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan agar mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ketua Umum KEADILAN itu daripada pertuduhan tersebut dan antara 10 alasan itu termasuklah hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta.

Tambah Mohd Nur, beliau turut meragui kenyataan pendakwa raya kerana katanya, terlalu jelas ada niat jahat untuk sengaja mensabotaj karier Ketua Pembangkang itu.

“Saya yakin, orang ramai tidak mungkin percaya lagi dengan fitnah itu, kerana semua tahu Peguam Negara sebenarnya bertindak di bawah telunjuk pemimpin Umno,” tegasnya.

Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat bertarikh 2 Julai lepas, Mohamad Zabidin memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan terhadap sampel berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32660

Posted by on Jul 12 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE