Kes Tian: Pendakwaan politik, peguam mahu ketepi tuduhan

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 14 MAC: Pasukan peguam Tian Chua akan memfailkan pembatalan tuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu.

N Surendran berkata, proses itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

Tian dituduh pagi ini mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan kontroversi isu Lahad Datu yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

n surendran new_250_220Kata Surendran, pendakwaan mengikut akta itu bertentangan sudut perundangan dan bersifat politik.

“Kita beritahu mahkamah (pagi tadi) bahawa Perdana Menteri telah umumkan Akta Hasutan akan dimansuhkan. Pengunaan akta ini salah di sisi undang-undang dan tidak sesuai digunakan lagi,” kata Surendran kepada pemberita.

Datuk Seri Najib Razak pada Julai tahun lalu kononnya mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan bakal diganti dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional.

Berikutan pengumuman itu, KEADILAN menggesa Najib memansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa menggantikannya dengan sebarang akta yang mempunyai kuasa drakonian yang sama.

“Maknanya PM menipu rakyat kerana Tian didakwa mengikut akta ini,” kata Surendran.

“Ia tuduhan jahat dan tidak masuk akal kerana salah guna kuasa mahkamah dan politik. Tuduhan ini bersifat politik oleh kerajaan yang terdesak,” sambungnya.

Beliau turut mengecam soal siasat polis dan kerajaan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

“Tian didakwa, (Mohamed) Azmin (Ali) pula disoal siasat, ramai pembangkang kena soal siasat,” sinis Surendran.

Mengikut peruntukan di bawah akta tersebut, hukuman denda dikenakan tidak melebihi RM5,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Semalam, Azmin, Timbalan Presiden KEADILAN disiasat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan isu projek IC. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47318

Posted by on Mar 14 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google