Kes Zunar saman kerajaan 13 Mac (Rabu)
Mahkamah Rayuan akan mendengar kes saman saya terhadap kerajaan Malaysia/polis kerana tangkapan tidak sah di bawah Akta Hasutan, 13 Mac ini, jam 9 pagi
Mahkamah Rayuan menetapkan 13 Mac ini, jam 9 pagi untuk mendengar rayuan saya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penangkapan saya di bawah Akta Hasutan pada September 2010.
Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa penahanan tersebut adalah sah.
Saya mengemukakan saman terhadap polis dan kerajaan kerana ‘tangkapan berniat jahat’ yang dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru saya ketika itu, Cartoon-O-Phobia” pada September 2010.
Dalam kejadian itu, saya turut ditahan di bawah Akta Hasutan dan 66 naskah buku tersebut serta sebuah lukisan kartun dirampas.
Dalam saman tersebut, saya menuntut gantirugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.
Saya diwakili pegaum N Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.
Zunar
Kartunis Politik
12 Mac 2013
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47115






