Saiz Teks: A A A

Kes Zunar saman polis, kerajaan ditangguh 5 April

KUALA LUMPUR 28 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan kes saman kartunis Zunar terhadap polis dan empat defenden lain, termasuk kerajaan Malaysia, pada 5 dan 6 April depan.

Penangguhan itu diputuskan hakim Vazeer Alam Mydin Meera dalam kamar ketika memanggil peguam defenden dan plaintif.

Menurut peguam yang mewakili Zunar, Fadiah Nadwa Fikri, hakim menangguhkan kes berkenaan kerana perlu menghadiri mesyuarat yang dijadualkan pada jam 4 petang.

“Kes ditangguhkan 5 dan 6 April depan bagi mendengar kenyataan balas polis dan bukti-bukti berkaitan,” katanya di luar mahkamah di sini hari ini.

Sementara itu, Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque ketika ditemui pemberita berkata, beliau menerima keputusan penagguhan tersebut.

“Tidak ada apa lagi yang boleh diberi komen kerana hari ini tiada apa yang berlangsung, tunggu nanti kes bermula,” katanya.

Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas polis dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27448

Posted by on Feb 28 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry