Kesatuan Eropah sedia bekerjasama dengan Pakatan

(Oleh: Sidiqin Omar)

 

PETALING JAYA 25 Jan: Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan kesediaan blok ekonomi itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik,” tegas beliau kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa kurang senang dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang berlengah dalam rundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Malaysia, sejak 2010.

“Sepatutnya tidak ada isu (sebab) untuk ia dilengahkan. Mengikut tempoh masa, seawalnya dalam tempoh dua tahun. Kami merasa sangat kurang gembira.

“Rundingan kebiasaannya mengambil dua tahun. Ini disebabkan rundingan kompleks dibandingkan dengan negara yang lebih mesra di rantau ini atau di rantau lain.

“Kami berharap dapat melanjutkan rundingan dalam masa terdekat. Kami akan meneruskan perkara yang membawa manfaat, kerana Malaysia ialah rakan FTA dengan Kesatuan Eropah,” katanya

Beliau terdahulu bersama delegasi mengadakan mesyuarat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Biro Perdagangan, Wong Chen.

Anwar berkata, antara perkara dibincangkan termasuk sokongan EU terhadap integrasi ASEAN yang positif dalam pembinaan blok EU-ASEAN-FTA.

“Malaysia ialah negara dagang dan memerlukan tindakan efektif untuk dilaksana bagi meningkatkan perdagangan.

“Falsafah kami berhubung perkara ini adalah mengangkat prinsip keadilan dalam perdagangan bebas dan persaingan sama rata,” kata Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43864

Posted by on Jan 25 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google