Ketua Audit Negara baharu merupakan ahli Umno

Minggu lalu, pelbagai pihak termasuk saya sendiri telah membangkitkan persoalan mengenai Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Ketua Audit Negara yang baharu, khusus berkaitan kelayakan dan kehadiran beliau di dalam beberapa majlis anjuran Umno.

yus_1500Oleh sebab Tan Sri Dr Madinah masih belum menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan ini terutama mengenai hubungan beliau dengan Umno, hari ini saya mengumumkan bahawa, berdasarkan maklumat yang telah saya terima, Tan Sri Dr Madinah Mohamad merupakan seorang ahli Umno Bahagian Kepong, Cawangan Kg Melayu Kepong. Saya turut difahamkan beliau telah menjadi seorang ahli Umno sejak 1989.

Saya menggesa Tan Sri Dr Madinah untuk segera menafikan maklumat ini.

Sekiranya benar, nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik Tan Sri Dr Madinah merupakan nasihat yang tidak membantu mengukuhkan institusi demokrasi di Malaysia.

Ini kerana jawatan Ketua Audit Negara merupakan antara jawatan terpenting dalam sistem demokrasi terutama proses semak dan imbangan pengurusan kerajaan. Persepsi umum adalah seorang Ketua Audit Negara bukan sahaja perlu bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi juga perlu dilihat sebagai bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

28 Februari 2017

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69792

Posted by on Feb 28 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE