Ketua kampung Perak perlu penuhi KPI

Ketua-ketua kampung di Perak perlu memastikan mereka sentiasa memenuhi indeks prestasi utama bagi memastikan khidmat kepada rakyat berkesan.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata kerajaan negeri mempunyai sistem pemantauan sistematik untuk memantau perkara itu bermula daripada peringkat penghulu mukim, pejabat daerah, pusat khidmat ADUN dan Parlimen.

“Bagaimanapun, memandangkan kesemua mereka masih baharu, kita akan beri peluang untuk memperbaiki kelemahan terlebih dahulu melalui penyediaan siri latihan dan bengkel berterusan untuk diikuti mereka.

“Sekiranya mereka masih tidak dapat memberikan kualiti perkhidmatan diharapkan rakyat, parti dan kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menukar mereka pada masa hadapan,”katanya kepada media pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Peringkat Dun Kuala Kurau sempena Hari Kemerdekaan 2018, di Ipoh, lapor Sinar Online.

Abdul Yunus juga menyeru ketua kampung agar bertugas dengan ikhlas dan jujur bagi mengelakkan berlaku sikap pilih kasih dan sifat ingin balas dendam.

“Saya turut sokong cadangan pelantikan ketua kampung dalam kalangan masyarakat Cina untuk menyelia kawasan perkampungan Cina di Perak pada masa depan.

“Di DUN Kuala Kurau, terdapat banyak kampung yang majoriti diduduki masyarakat Cina dan perlantikan ketua kampung dalam kalangan komuniti pasti akan melicinkan urusan penyaluran maklumat kepada mereka.

“Namun, perkara itu di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat dan kita akan tunggu,”katanya.

Terdahulu, Abdul Yunus melalui Pusat Khidmat Adun Kuala Kurau menyerahkan sumbangan Jalur Gemilang dan kepada lebih 20 ketua kampung bagi merancakkan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72220

Posted by on Aug 17 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE