Ketua kampung Selangor dapat RM1,200 sebulan

Kerajaan Selangor memperuntukkan elaun RM700 sebulan kepada ketua kampung di samping elaun RM500 sebulan dari Putrajaya.

Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Rodziah Ismail berkata Selangor turut memperuntukkan dana RM10,000 kepada setiap ketua kampung untuk pelaksanaan program bersesuaian serta bermanfaat kepada masyarakat.

“Manakala, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut memberi dana tambahan kepada ketua kampung untuk melaksanakan pembiayaan program berkenaan kesejahteraan dan keceriaan kampung.

“Setiap ketua kampung pula perlu melantik seorang setiausaha dan 11 biro, sekali gus menjadikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung seramai 13 orang untuk setiap kampung,” katanya pada sidang media di DUN Batu 3, hari ini.

Sebelum itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan nama calon ketua kampung bagi 354 kampung, di Selangor termasuk lima daripadan ya adalah wanita.

Bagaimanapun, masih terdapat 17 lagi kekosongan jawatan ketua kampung yang akan dikemukakan kepada MMKN dalam tempoh terdekat menjadikan jumlah keseluruhan adalah 371.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72380

Posted by on Oct 2 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE