Khalid gagal sebagai KPN, rasuah terus berleluasa

(Oleh Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 11 JULAI: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dianggap gagal dalam mentadbir organisasi keselamatan negara apabila secara terang-terangan mengakui rasuah yang berlaku dalam kalangan anggota polis sukar ditangani.

johari_abdulAhli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, sebagai Ketua Polis, beliau seharusnya mencari jalan dan usaha untuk menghapuskan rasuah bukannya mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang tindakan.

“Sekiranya pihak polis tidak ambil tindakan, rasuah terus berleluasa dan ini akan menjejaskan masyarakat.

“Bagi saya, KPN harus ambil tindakan. Perkara ini dilihat sebagai kegagalan beliau untuk mentadbir organisasi polis,” katanya dihubungi.

Pada 7 Julai llau, Khalid dalam sesi soal jawab di Universiti Teknologi Malaysia mengakui wujudnya budaya rasuah dalam pasukan.

Beliau dilapor berkata, gejala itu sememangnya sukar untuk ditangani sekaligus menjejaskan reputasi pihak polis.

Mengulas lanjut Johari berkata, kenyataan Khalid juga menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi keselamatan negara yang sepatutnya melindungi rakyat.

“Rakyat akan hilang keyakinan terhadap polis. Ini kerana rakyat merasakan polis hanya akan selesaikan masalah mereka dengan rasuah.

“Jika penjenayah boleh rasuah pihak polis, maka jenayah akan semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan agar Khalid meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana tidak mampu menyelesaikan masalah di bawah tanggungjawabnya dan menyerahkan jawatan itu kepada individu yang lebih layak dan berkaliber.

“Kalau dia mengaku sukar, lebih baik letak jawatan dan beri sahaja orang lain jadi KPN. Dia sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah, untuk apa dia terus pegang jawatan penting begini,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70210

Posted by on Jul 11 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE