Kongres KEADILAN Disember ini

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengadakan kongres di peringkat kebangsaan pada 6 hingga 8 Disember nanti.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik KEADILAN di ibu pejabat parti, semalam, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata kongres tersebut akan menutup konvensyen-konvensyen di setiap negeri yang dijadualkan bermula Oktober ini.

“Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan amanat beliau kepada ahli-ahli di setiap negeri (dalam konvensyen tersebut).”

“Jadual konvensyen akan diumumkan selepas selesai penyelarasan dengan tarikh persidangan Parlimen dan pembentangan belanjawan akan datang,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Jelasnya, konvensyen yang akan diadakan dengan menjelajah ke setiap negeri itu bertemakan ‘Reformasi Dua Dekad’.

“Konvensyen akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad bergantung kepada negeri,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti itu adalah Pengerusi Majlis Penasihat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Tian Chua, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, Baru Bian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73983

Posted by on Sep 5 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE