‘Kontrak pekerja pembersihan dirujuk kepada Sumber Manusia’

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan merujuk isu pekerja pembersihan kontrak di hospital kerajaan kepada Kementerian Sumber Manusia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Menurutnya, pekerja-pekerja berkenaan digajikan kontraktor pembersihan dan bukan bekerja terus dengan KKM.

“Mereka adalah tanggungjawab pemegang konsesi yang mendapat konsesi untuk hidmat membersih bangunan dan dobi untuk hospital bawah KKM,” katanya kepada media selepas Persidangan Kecemerlangan Terapi dan Sokongan Kanser Payudara di Kuala Lumpur, hari ini.

Ahli Parlimen Gopeng itu berkata demikian mengulas isu hamir 50,000 pencuci hospital dan klinik kerajaan seluruh negara yang dikhuatiri tiada jaminan pekerjaan ekoran terma pekerjaan secara kontrak mereka.

Dr Lee berkata pihaknya akan merujuk Kementerian Sumber Manusia untuk mengkaji jika terdapat masalah kontrak pekerja dengan pihak konsesi berkaitan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memansuhkan sistem kontrak tempoh tetap dalam sektor perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72168

Posted by on Aug 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE