Kos siasat Tian Chua patut diguna untuk banteras jenayah – LFL

Mohd Arif Juhani

 

KUALA LUMPUR 15 MAC: Proses siasatan dan pendakwaan terhadap Tian Chua membazir sumber polis dan wang rakyat yang sepatutnya disalur bagi membanteras kegiatan jenayah harian.

Sebaliknya, Penasihat Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen kesal kerana ia disia-siakan untuk meraih kepentingan politik Umno BN.

“Berlaku pembaziran melampau sedangkan ia patut digunakan untuk menangani jenayah sebenar,” katanya pada kenyataan media, semalam.tian mahkamah

Siasatan kes itu melibatkan sepasukan polis dari Johor yang tergesa-gesa datang ke ibu negara bagi mengambil keterangan Tian Chua dan pengamal media Keadilan Daily.

Eric berkata, kempen politik Umno BN bertujuan merosakkan kredibiliti Tian dan mengalih fokus kepada isu sebenar berkaitan Lahad Datu.

“Tian berulang kali menyatakan manipulasi media kawalan Umno cuba mengalih perhatian umum dari Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang berlangsung ketika itu,” katanya.

Beliau juga menyifatkan perbuatan mendakwa Naib Presiden KEADILAN itu mengikut Akta Hasutan 1948 adalah tindakan keterlaluan dan tidak masuk akal.

Katanya, organisasi atau individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Tian sepatutnya memfail saman fitnah, bukannya membuat laporan polis.

“Seksyen 4 Akta Hasutan terhadap Tian lapuk dan tidak demokratik. Kebanyakan negara moden sudah mansuhkan akta berkenaan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan pemimpin Umno BN  juga cuba mencipta konspirasi untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan bersenjata Lahad Datu.

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47385

Posted by on Mar 15 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google