KPDNHEP bakal perkenal RUU lindungi penderma Food Bank

Putrajaya bercadang mewujudkan akta khas bagi melindungi penaja dan penderma program Food Bank Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail berkata, rang undang-undang baharu itu yang kini memasuki fasa akhir akan dibentangkan di Dewan Rakyat, hujung tahun ini.

Ia kini sedang diteliti Pejabat Peguam Negara sebelum dibincangkan di Kabinet.

“Kita perlu mengawal dan melindungi mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam program Food Bank Malaysia kerana jika ada kecacatan, iaitu mungkin penerima mahu mengambil tindakan undang-undang, kita sudah bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ‘Market Review on Food Sector Under The Competition Act 2010’, di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Kuala Lumpur hari ini.

Mac lalu, Kementerian Kewangan meluluskan dana RM3 juta bagi program Food Bank Malaysia untuk menyediakan 14 lori dilengkapi pendingin hawa.

Program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu akan mengedarkan makanan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) termasuk mahasiswa di universiti awam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73855

Posted by on Aug 6 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE