KPDNHEP cadang jual minyak bawah harga ditetapkan demi persaingan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan syarikat minyak untuk mempertimbangkan penjualan petrol di bawah harga ditetapkan kerajaan.

Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail, berkata syor itu diajukan beliau kerana untung dari jualan minyak adalah berdasarkan permintaan yang tinggi dan bukan margin keuntungan.

“Ada 3,500 stesen minyak dipelopori sekurang-kurangnya enam pemain besar. Namun, formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dengan subsidi, menjadikan harga runcit RM2.08 bagi produk petrol RON95, jadi kerajaan sudah memainkan peranannya.

“Jika enam pemain utama mengikut saranan ini dan mengamalkan prinsip persaingan yang baik melalui inovasi, meningkatkan kecekapan dan memberikan fokus pada perniagaan asas iaitu menjual minyak, mereka tentu boleh membantu mengurangkan harga.

“Ini kali pertama dilontarkan cadangan ini, saya belum tahu reaksi mereka. Jadi, saya harap syarikat minyak boleh memberi maklum balas segera,” katanya kepada media selepas Simposium Persaingan Setara dan Kos Sara Hidup bertema ‘Seiring dan Sejalan’ hari ini.

“Jika berkenaan margin, mereka meminta kerajaan membuat semakan 12 tahun dulu, minta menaikkan margin pengusaha stesen minyak dan tahun lalu, kita naikkan 12 sen untuk petrol kepada 15 sen dan tujuh sen untuk diesel kepada 10 sen.

“Kerajaan sudah menunaikan tanggungjawab termasuk daripada sudut pemberian subsidi, jadi apa pula langkah sepatutnya diambil syarikat minyak.

“Jadi, kita boleh tengok setiap hari, contohnya pergi ke stesen minyak Shell dengan harga RM2.06, pergi ke Petron dengan harga RM2.07 atau BHP RM2.04. Ini boleh berlaku jika inovasi dan kecekapan ditingkatkan,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74274

Posted by on Nov 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE