KPDNHEP gesa lapor harga barang melampau

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail menggesa pengguna agar melaporkan harga barangan kawalan yang melampau kepada kementerian itu.

Beliau membuat gesaan itu menerusi akaun Twitter selepas pengguna gembira dengan harga barang murah pada musim Aidilfitri dan memaklumkan Saifuddin mengenainya.

“Terima kasih atas makluman pergerakan harga barang ketika Aidilfitri.

“KPDNHEP turut laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk pastikan harga berpatutan kepada pengguna.

“Harga yang rendah untuk rakyat, alhamdulillah. Kalau ada yang terlalu mahal, boleh laporkan,” kata Saifuddin.

Sebanyak 27 jenis barang disenaraikan mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dilaksana bermula 20 Mei hingga 19 Jun sempena Aidilfitri.

Di bawah skim itu peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan.

Mereka juga wajib meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pada barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

Tindakan tegas termasuk denda dan tindakan mahkamah akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan mengikut skim itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73561

Posted by on Jun 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE