KPDNHEP lantik wakil jaga pengguna setiap Parlimen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melantik 79 Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan bagi membantu masyarakat mengemukakan isu kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya dalam proses melantik PKP bagi kawasan Parlimen di Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

“Sehingga kini, PKP yang dilantik adalah bagi kawasan Parlimen Sabah dan Labuan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Daripada jumlah itu, 26 PKP dilantik di Sabah dan Labuan,” katanya pada majlis penyampaian watikah PKP Sabah dan Labuan di sini, hari ini.

Katanya, kementeriannya juga bersetuju mewujudkan jawatan PKP bagi seluruh 222 kawasan Parlimen.

“PKP yang dilantik untuk seorang setiap Parlimen perlu aktif memainkan peranan mereka khususnya sebagai fasilitator bagi membantu masyarakat mengemukakan isu kepenggunaan di peringkat akar umbi kepada kementerian serta jabatan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, ini juga memerlukan PKP yang dilantik menguasai dan memperkasakan ilmu kepenggunaan bagi membantu golongan pengguna di kawasan Parlimen masing-masing.

“PKP umpama jambatan penghubung di antara kementerian dan pengguna di luar sana. Untuk itu, PKP perlu menjalinkan kerjasama erat dengan KPDNHEP negeri dan agensi di negeri masing-masing,” katanya memetik Bernama.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73872

Posted by on Aug 8 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE