KPDNHEP pantau harga barang selepas laksana SST

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau harga barang selepas pelaksanaan sistem Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) pada bulan depan menerusi pengaktifan semula Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (MTKSHN).

Menteri KPDNHEP Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu dipersetujui Kabinet pada mesyuarat baru-baru ini.

“Majlis ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).

“Keanggotaannya membabitkan kementerian seperti Pengangkutan, Pendidikan, Kesihatan dan KPDNHEP kerana isu harga barang hanya satu ‘juzuk’ daripada kenaikan kos sara hidup.

“Kos lain meliputi pengangkutan, utiliti, perumahan, kesihatan dan harga barang, turut menyumbang kenaikan kos sara hidup,” katanya selepas menjadi tetamu program Borak Kopitiam yang disiarkan secara langsung melalui TV3, semalam.

SST menggantikan GST yang dimansuhkan di Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2018 selepas rang undang-undang pemansuhan cukai berkenaan diluluskan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72173

Posted by on Aug 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE