KPKT cadang buka kampung pelarian

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mewujudkan perkampungan penempatan semula untuk pelarian yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu akan membolehkan komuniti berkenaan mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan.

“Sekiranya kita boleh menubuhkan satu kawasan yang ditetapkan atau perkampungan untuk mereka dengan kemudahan seperti sekolah dan untuk memberi mereka orientasi kepada gaya dan budaya Malaysia agar mereka dapat ‘bercampur’, kita sebenarnya boleh membantu mereka.

“Dengan cara ini, kita juga boleh menggunakan tenaga kerja mereka dalam beberapa sektor berbanding hanya bergantung kepada pekerja asing. Kita boleh meminimumkan kemasukan pekerja asing dengan memanfaatkan komuniti pelarian,” katanya semalam memetik Bernama.

Idea itu bagaimanapun, belum dibincangkan di peringkat Kabinet, katanya.

Zuraida ditemui selepas menjadi seorang daripada penceramah program syarahan bertajuk ‘Mainstreaming Disaster Resilience Attributes at the Local Government Level’ yang merupakan sebahagian daripada Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa 2019 selama tiga hari yang berakhir semalam, anjuran Mercy Malaysia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73867

Posted by on Aug 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE