KPKT cari jalan kurangkan kemalangan lif

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mencari kaedah untuk mengurangkan kes insiden melibatkan lif di negara ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata pihak, inisiatif itu akan melibatkan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Perumahan Negara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kita akan panggil semua pihak berkaitan bagi melihat satu mekanisme yang boleh dipertingkatkan untuk memastikan pemantauan dan sebagainya dapat dijalankan dengan baik agar insiden membabitlkan lif dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Klebang semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden lif terhempas di Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur yang menyebabkan lapan individu cedera pada Jumaat lepas.

“Mengikut laporan semua memang dipantau, diperiksa, disemak pada waktunya dan lif tersebut baru 12 tahun namun sebabnya mereka masih belum tahu dan masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, projek PPR Klebang yang terdiri daripada dua blok yang meliputi 255 unit rumah itu dijangka siap sepenuhnya 31 Disember.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73845

Posted by on Aug 5 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE