KPKT dengar pandangan OKU

Satu jawatankuasa akan diwujudkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memberikan pandangan untuk menjadikan projek perumahan dan bangunan awam lebih mesra orang kelainan upaya (OKU).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu diambil kerana kemudahan dan infrastruktur mesra OKU pada masa ini masih kurang pada kebanyakan bangunan.

Walaupun di di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah memuaskan, akses golongan itu kepada bangunan-bangunan kecil masih perlu dipertingkat, katanya.

“Justeru, perlu ada jawatankuasa dibentuk yang bertindak memberi input kepada KPKT untuk menjaga keperluan OKU dalam masa enam bulan,” katanya pada sidang media selepas bertemu wakil golongan OKU di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Dalam hal ini kata Zuraida, KPKT akan beranan sebagai penasihat kepada PBT mengenai keperluan OKU dalam pembangunan fizikal negara.

Selain itu, KPKT juga akan membuka permohonan pembelian rumah dalam projek perumahan KPKT kepada OKU.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73552

Posted by on Jun 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE