KPKT jamin pantau projek PR1MA Rantau

Putrajaya memberi jaminan akan meneruskan projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Rantau yang sebelum ini berhadapan isu kelewatan pembinaan berbanding jadual asalnya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berjanji kementeriannya akan memantau kemajuan projek berkenaan.

“Insha-Allah projek ini akan siap pada Mei 2020. Maknanya projek ini ada kelewatan selama 16 bulan.

“Pada hemat saya lewat satu setengah tahun bukan satu perkara besar kalau lagi kritikal projek sampai 10 hingga 20 tahun (kelewatan). Ini masih lagi dapat dikawal dan saya sendiri akan pastikan bahawa kerja ini akan diteruskan dan akan dimulakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Seremban, semalam lapor Bernama.

Sekumpulan pembeli projek perumahan tersebut semalam tidak puas hati mereka kerana perjalanan projek itu terlalu perlahan sedangkan ia sepatutnya siap pada Januari lepas.

Zuraida berkata projek yang bermula pada Januari 2017 bernilai RM171 juta itu membabitkan sebanyak 766 unit rumah dengan 80 peratus atau 620 unit daripadanya sudah terjual.

Setakat ini, kemajuan fizikal projek itu sudah pun pada tahap 56 peratus, kata Zuraida.

Ditanya sama ada kelewatan projek itu antara lain berpunca daripada kelewatan pembayaran kepada kontraktor berkenaan, Zuraida berkata setakat ini kerajaan sudah pun membayar sebanyak RM70 juta kepada kontraktor tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73261

Posted by on Apr 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE