KPKT lantik 65 orang penghulu Kampung Baru Cina

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik 65 orang Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) bagi melaksanakan program kemasyarakatan di Kampung Baru Cina.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu yang menelan belanja RM85 juta akan memastikan PKP bertanggungjawab mentadbir dengan fokus kepada komuniti, anak muda, dan kebersihan kampung.

“Dalam bahasa mudah saya gelar mereka sebagai penghulu-penghulu Cina.

“Seorang PKP akan menjaga sebanyak 7 ke 10 kampung untuk aktiviti kemasyarakatan dengan peruntukan yang diberi kira-kira RM100 ribu satu kampung,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Menteri bersama PKP, di bangunan sementara Parlimen, semalam.

Zuraida berkata walaupun PKP dilantik berdasarkan lantikan politik namun mereka perlu menepati syarat dan kelayakan asas yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Jawatan ini kena lantikan politik sebab mereka datang daripada parti pemerintah.

“Ini adalah sebahagian daripada peruntukan yang telah dibuat. Ada syarat asas tentang penguasaan dalam bahasa Melayu, kelayakan minimum akademik, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), umur dan beberapa kriteria lain,” katanya.

Katanya lagi, setiap PKP yang dilantik ini akan menerima elaun RM1,900 sebulan.

Terdahulu beliau bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyerahkan watikah lantikan kepada 65 PKP tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73778

Posted by on Jul 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE