KPKT umum j’kuasa semak semula SOP penyelamatan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan bagi mengelakkan kejadian enam orang anggota bomba lemas di Puchong pada 3 Oktober lalu daripada berulang pada masa hadapan.

Menurut Zuraida, jawatankuasa itu terdiri daripada pihak profesional, badan bukan kerajaan (NGO), pegawai kerajaan dan mereka yang berpengalaman luas dalam aktiviti penyelamatan di air.

“Jawatankuasa ini berperanan mendapatkan maklumat, fakta, keterangan dan gambaran yang jelas serta tepat berkenaan insiden supaya siasatan profesional dan adil dilaksana bagi mengkaji kesesuaian prosedur operasi piawai (SOP) – sama ada perlu ditambah baik atau terdapat keperluan mewujudkan SOP baharu untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan agensi-agensi penyelamat yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan dikemukakan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

3 Oktober lalu, enam orang anggota bimba dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong di Puchong, Selangor.

Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia adalah dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72443

Posted by on Oct 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE