KPN tak ambil tindakan, Jamal Baju Merah kebal undang2?

(Oleh Alif Fikri)

KUALA LUMPUR 15 NOV: KEADILAN menggesa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar segera mengambil tindakan tegas terhadap ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, agak menghairankan tiada tindakan diambil terhadap Jamal yang telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti mengugut dan mengancam peserta Bersih 5.

JAMALJAMALshamsul-iskandar-pkr“Disebabkan tiada tindakan dibuat, adakah ini menunjukkan bahawa Jamal kebal daripada undang-undang,” kata Shamsul dalam usulnya.

1#  Jamal Yunus ibarat Pinocchio1#  Jamal Yunus ibarat PinocchioJAMALBeliau merujuk serangan Jamal termasuk yang terbaru menimbulkan kekecohan terhadap peserta Konvoi Bersih di Ampang.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menegaskan, Parlimen perlu membahaskan usul itu segera agar pihak berkuasa dapat bertindak terhadap Jamal dan anak buahnya.

Beliau juga menggesa Khalid memberi penjelasan di Parlimen dalam isu tersebut.

Pejabat Speaker Dewan Rakyat pagi ini menerima usul Shamsul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan berkemungkinan perkara itu akan dibahaskan.

Selain melakukan pelbagai siri serangan terhadap Konvoi Bersih, Jamal baru-baru ini mencetuskan kekacauan di sebuah pusat beli belah di Ampang sehinggakan pihak polis terpaksa campur tangan.

Dalam kejadian itu, hidung Jamal didapati berdarah dan beliau menuduh Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin sebagai dalang.

Dakwa Jamal ‘budak Zuraida’ yang memakai baju Bersih telah menumbuknya.

Zuraida menafikan tuduhan itu dan menyatakan kumpulannya telah meninggalkan pusat membeli-belah tersebut ketika kekecohan berlaku.

Kumpulan Baju Merah sebelum ini terus melancarkan serangan terhadap Bersih 2.0 yang mengadakan konvoi aman di seluruh negara bagi pengajuran besar-besaran himpunan aman Bersih 5, Sabtu ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69664

Posted by on Nov 15 2016. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE