KPRU: Serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan politik murahan

Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

PRU 13Malaysia dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari pandangan mata BN.

Serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan. Tiada yang terkecuali daripada serangan bertubi-tubi ini. Antara pemimpin Pakatan yang jatuh mangsa kepada serangan peribadi termasuklah; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, calon kerusi parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi parlimen Batu Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agong PAS Mustapha Ali, dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

KPRU berpendapat serangan peribadi ini merupakan amalan politik murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun seperti Malaysia. Malangnya, ianya dijangka politik murahan ini akan berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana kebencian BN terhadap Pakatan tidak mengenal erti moral atau batasan.

Sebagai sebuah parti politik yang melaungkan semangat patriotik, perpaduan dan kematangan, tindakan serangan peribadi mencerminkan semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh BN.

Rakyat Malaysia sudah meluat dengan politik murahan seperti ini. Ianya tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak. Ianya hanya akan memakan diri BN, menambah kebencian rakyat kepada BN dan mencemari reputasi dan maruah pemimpin Pakatan. Ianya tidak membawa sebarang kesan positif kepada ekonomi atau politik negara. Ianya hanya mencerminkan obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata dunia. Dalam kata asas, ianya merupakan sejenis tingkah laku yang memalukan nama Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa komuniti antarabangsa.

Lantas, KPRU menyeru dan menggesa permainan politik murahan ini dihentikan dengan serta-merta. Kegagalan BN untuk menghentikan politikRaya hanyalah sebuah retorik di samping menghina konsep pilihanraya bebas dan adil.
Terima kasih.

Ooi Heng & KPRU

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50147

Posted by on Apr 12 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google