KPWKM mahu tingkatkan jumlah OKU dalam kerajaan

Setakat 31 Disember tahun lepas, seramai 3,856 orang kelainan upaya (OKU) diambil bekerja dalam sektor perkhidmatan awam negara yang mempunyai 1,268,701 penjawat awam, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Angka itu meliputi 0.31 peratus penjawat awam dan KPWKM sedang mengkaji kaedah dan strategi baru bagi meningkatkan peratusan itu agar golongan OKU tidak tersisih dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

Perkara itu menurut KPWKM dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kelainan Upaya yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPWKM, Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Kenyataan sama menyebut KPWKM sendiri melepasi sasaran 1 peratus apabila 144 perjawatan iaitu 1.77 peratus diisi oleh OKU daripada keseluruhan 8,138 perjawatan.

“Adalah diharapkan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat meningkatkan lagi usaha ke arah pencapaian dasar ini,” kata KPWKM.

Menurut KPWKM, mesyuarat itu turut mengambil maklum mengenai pelancaran Kad OKU Sub Kategori Pembelajaran pada 7 Mac lepas yang bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih positif kepada OKU Pembelajaran selain dapat memastikan program pemulihan dilaksanakan dengan lebih fokus dan berstruktur.

“Pemegang kad OKU kategori pembelajaran yang sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh mula menukar kad mereka di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran mulai 1 Mei 2019,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73324

Posted by on Apr 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE