Krisis dagangan US-China buka ‘peluang’ pada Malaysia

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata Malaysia berpotensi menarik lebih banyak pelabur luar ke negara ini susulan perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Azmin berkata, satu kajian melibatkan 250 syarikat besar mendapati hampir 24.7 peratus daripada mereka berhasrat memindahkan operasi ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Ini membuktikan Malaysia mempunyai potensi dalam menghadapi krisis ini (trade war), sebenarnya kita boleh menukarkan krisis menjadi satu peluang bagi Malaysia menarik pelabur luar.

“Trade war di antara Amerika Syarikat dan China memberi kesan negatif kepada dagangan dunia. Ini turut memberi kesan keapda Malaysia memandangkan kedua-dua negara tersebut merupakan rakan dagang utama negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Awang Hashim (PAS-Pendang) yang bertanya tentang “ketidaktentuan pasaran global” yang melibatkan Amerika Syarikat dan China ke atas ekonomi Malaysia.

Mengulas lanjut, Azmin yakin perang dagangan ini mampu membuka ruang untuk meningkatkan eksport komoditi seperti minyak sawit.

“Pada Mac 2019, syarikat Malaysia telah berjaya menandatangani perjanjian bernilai hampir USD900 juta (RM3.7 bilion) bagi membekal 1.62 juta tan minyak sawit ke China.

“Dalam tempoh Januari hingga April 2019, eksport minyak sawit Malaysia ke China meningkat hampir 255,000 tan dengan nilai eksport sebanyak RM1.4 bilion,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73738

Posted by on Jul 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE